Itu saja

Kalau selalu baca al-quran dan siap baca maknanya sekali mestilah dia faham kan apa yang dibacakan dalam al-quran tu. Secara jujurnya dan aku tidak berbangga pun hendak katakan benda ini, aku memang jarang-jarang dan kadang-kadang baca al-quran. Bukan apa lagi banyak aku tahu lagi aku gali, makin aku menjadi orang yang tidak tahu apa-apa. Rumit bukan. Aku ada hafal maksud-maksud ayat al-quran masa sekolah menengah dulu dan aku memang ingat lagi.

Rasa mahu muntah pula bila bercerita pasal diri aku dalam blog aku ni. Sebenarnya yang hendak diceritakan adalah, kenapa mereka yang diluar sana selalu suka titipkan ayat al-quran dalam facebook misalnya tapi bila hendak melaksanakan apa yang dia titipkan tidak terlaksana.

Aku pernah kena dengan mereka yang selalu buat begitu. Bila cakap dengan aku, aku pun cuba anggap yang baik-baik, tapi malangnya bila mereka tegur aku. Tegur aku macam aku ini tidak ada perasaan. Macam aku perlu tunduk hormat pada mereka semua, aku yang tidak titipkan ayat al-quran pun tahu hak manusia dan garis sempadan setiap manusia. Perlu kah mereka membuat andaian itu ini, sedangkan perkara sebenarnya pun mereka tidak pasti dan tidak tahu.

Tidakkah mereka semua rasa bersalah bila titipkan ayat al-quran dalam facebook misalnya, sedangkan gagal turuti apa yang dititipkan oleh mereka dengan ayat al-quran yang mereka postkan dalam dinding facebook mereka semua.

Memang setiap manusia itu adalah lalai dan punya sifat pelupa dan tidak sempurna (ayat tipikal). Tapi kalau sudah hari-hari baca al-quran dan baca makna akanlah tidak faham dan masih lagi buat kesalahan yang sama. Kalau buat kesalahan dengan orang lain takpa lah, ini dengan aku dan terkena berbilang-bilang jari.

Entahlah, mula-mula masuk universiti. Kali pertama aku diperkenalkan dengan geng usrah. Aku tengok mereka ini bukanlah pratikal sangat. Yelah, mereka bercerita pasal semangat pemuda pemudi al-ikhwan, semangat hasan al-bana tapi bila masa junior-junior kena buat kerja-kerja yang langsung tidak berfaedah lagi bermanfaat juga berguna pada masa depan dan tiada kait mengait dengan kursus universiti dan tujuan masuk ke universiti. Geng usrah ini duduk tengok terpaku menjadi penonton dan mungkin juga suka tengok junior-junior mereka kena buat benda-benda dan hal-hal yang bongek. Selamat aku dapat duduk kolej luar masa tahun 2 sampai aku hendak habis pun disini (yeah dalam beberapa bulan aku habis lah).

Mungkin mereka pandai bercakap tapi bila pratikaliti susah kot mereka hendak laksanakan. Yelah benda sudah jadi tradisi dan darah daging. Memang susahlah hendak buang kan.

Lagipun blog ini bukan dibaca pun oleh mereka-mereka. Aku pun tahu tiada siapa yang baca blog ini. Yang aku tahu mungkin padil jer kot =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.