Bila bekerja hanya bercerita pasal tugasan sajalah. Jangan hendak sibuk hal yang bukan kerja dan tugasan yang diberi. Perlukah engkau merentasi sempadanan aku. Jika aku berikan jawapan yang terlalu jujur nanti engkau rasa sakit hati dan engkau akan katakan aku ini tidak pandai berbahasa berbudi.
Jadi bila aku berikan jawapan yang selesa untuk engkau, engkau senyum sinis bermakna. Tapi aku tetap anggapkan itu bukan engkau. Aku anggapkan yang baik-baik sajalah. Perlukah engkau bertanya lebih dari bidang tugas engkau itu. Sedangkah kerja yang engkau pikul itu pun masih punya cacat cela dan tidak termampu diselesaikan dengan baik. Mahu juga engkau sibuk-sibuk hendak rentas sempadan bidang kerja engkau. Aku masih lagi anggap yang baik-baik. Aku anggap engkau masih cuba perbaiki mutu kerja engkau ke arah yang lebih baik. Aku anggap yang baik-baik saja.
Kalau engkau tanya aku lagi yang memang bukan engkau punya hal. Dan hanya untuk saja-saja tahu baik tak payah. Bukan menyenangkan aku. Yang bantu aku. Aku tahu siapa yang bantu aku. Jika aku adukan hanya bunda dan abah aku saja yang bantu aku. Dan aku percaya kuasa atas sana sedia bantu aku.
Jangan rentas sempadan aku.
Aku punya hak pada sempadan aku.
Usah engkau sibukan sempadan aku.
Sibukan diri engkau dengan sempadan engkau.
Aku sudah hampir selesaikan tugasan aku dengan jayanya. Ikut daya aku dan limitasi aku.
Ini wilayah aku.
Aku cuba buat yang baik-baik saja ikut daya rasa aku.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.