TUHAN BUKAN HUTAN

Mempersoalkan aturan tuhan satu perkara yang salahkah?
Sebenarnya mahu memahami. Dan bila hendak memahami sesuatu harus ada persoalan yang ingin diajukan. Jadi akan timbul soalan-soalan kepada tuhan. Soalan daripada hasil ciptaan tuhan itu sendiri. Bukan hendak sanggah atau menidakkan aturannya tapi hendak faham kenapa harus begini dan begitu. Kenapa tidak begini dan begitu.


Pada yang berlaku (yang amat klise) adalah aturan tuhan. Sang Pencipta.
Tapi... baiklah. Baik berdiam diri. Baik sibukan diri daripada memikirkan hal ini semua. Tuhan harus dicintai. Tapi cinta bagaimana? takbir, rukuk, sujud dan salam adakah itu semua sudah mencukupi?

Baiklah, walaupun dapat A1 dalam pendidikan islam masih belum mampu untuk faham semua ini. Belajar kerana duit dan pangkat, bukan untuk faham.

Baiklah, sedang tukar niat.

Susah juga mahu lakukan.

ketuk kepala seribu kali. kalau tidak larat sambung bulan depan.


Inilah padahnya bila mengaji tidak habis lagi mahu bersoal-soal.



“Tuhan bersifat wujud bukan untuk kebal dari sorotan kritik. Sesungguhnya orang yang mengakui berTuhan tapi menolak berfikir secara bebas beerti menghina rasional kewujudan Tuhan.”- Ahmad Wahib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.