Belajar kerana apa

apa yang kita inginkan dalam dunia ini sebenarnya. Jika disekolah dahulu, cikgu agama aku. Ustaz Razak dan Ustazah Nazirah kata hidup didunia ini untuk menyembah allah yang esa. Aku tak ingat surah mana, yang Allah ciptakan manusia ini untuk menyembah dia saja.

Balik apa hal yang realiti hari ini. Aku, seorang mahasiswa ukm. Mula-mula masuk ke ukm. Sampai-sampai saja di Dewan Gemilang UKM untuk mendaftakan diri, niat dihati sebenarnya hendak belajar rajin-rajin dapat PNGK yang terbaik, bantu keluarga, kerana agama dan kerana ilmu adalah sesuatu yang ditentu oleh agama dan belajar kerana lillahitaala.

Tapi betulkah aku belajar kerana tuhan semata-mata, bukan kerana aku hendakkan duit dan akan bergaji besar kelak. Berkereta mewah barangkali, berumah selesa siap dengan sebuah taman dan pelbagai benda yang materi semata-mata.


Habis belajar nanti, berkedudukan di mata masyarakat? Hendak orang sekeliling memuji, aku hebat dapat berjawatan yang konon terhormat.

Bila sudah bekerja nanti, akan menjadi penyembah duit pula bukan tuhan sudah bukan.
(lupakan saja ayat berbelit-belit ini)

Ada orang kata masuk universiti ini kerana hendak kejarkan ilmu dan hendak sebarkan ilmu.

Baiklah, ikut suka hati kitalah hendak pilih mana bukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.