Hidu Asap

Orang lain sudah habis persampelan, aku merangkak-rangkak buat sampling. Siapa-siapa yang lalu jalan raja abdul aziz kampung baru. Dan nampak teruna yang keseorangan dengan alat dibawah itulah aku =)


AirCon2 : pam udara. Berfungsi sedut udara.






Sabtu dan Ahad lepas. Jadi sukarelawan di zoo negara. Jadi tukang sapu, tukang cuci kandang babak air, panjat kandang, jalan-jalan, bagi makan dekat haiwan-haiwan yang ada.

Memang penat.

Bawah ini Kibu, badak jantan. Kuat makan macam badak. Jerit-jerit nama dia, terus datang sambil buka mulut luas-luas. Bagi ubi keledek, main sumbat jer =)



Ini badak yang paling senior. Duke. Umur 30 tahun sudah.



Bawah ini makanan, monyet-monyet di zoo. Amat mewah =)
Ada pisang, kacang panjang, kobis, betik, jambu batu, roti fiber.


Sebelum pengunjung datang zoo, sebab zoo belum buka lagi. Bersihkan kandang badak, sapu-sapu daun kering cikit, itu jer. Tapi penat, penat, penat =)



Sudah siap semua, baru boleh jalan-jalan.


Sabtu dan Ahad ini pun pergi lagi zoo. Dapat masuk zoo percuma =)
Lima kali masuk free jer =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.