Ini coretan pentingkan diri sendiri. Ditulis dengan rasa-rasa tiada apa-apa.
Nikmat ramadhan, bangun sujud tengah malam memang tidak pernah dilakukan. Erti sebenar puasa menurut sesi Islam yang benar tidak pernah dilakukan dengan sempurna sekali. Dan tiada nikmat, cuma rasa ini satu beban. Terus terang sangat!
Entah, malas hendak mencari hidayah yang Esa.
Ditulis tanpa akal yang waras barangkali.
Disini tiada siapa yang salah.
titik.
Tahun depan aku akan bebas dari kehidupan kampus yang tidak enak itu.
Bilalah hendak merasa sebuah universiti disini boleh hasilkan buku-buku rujukan sendiri?
(gelak jahat)
Jika ada ahli keluarga aku hendak masuk universiti ini,dan ambil program kesihatan persekitaran aku tak akan benar sama sekali. Jangan dia melalui apa yang aku lalui. Perjalanan sebagai anak muda bukan saja menuntut ilmu tapi membentuk nilai-nilai diri.
Aku akan suruh ahli keluarga aku, sila pilih universiti lain. Sekian.
Daftar sebagai pengundi. Yeah!!!
53 tahun merdeka, sebelum sambut hari merdeka. Tv3 ada bebelkan pasal, kurangnya rakyat kibarkan bendera. Dan terus buat konklusi, rakyat Malaysia tiada semangat patriotik. Mudah sangat menghukum. Silalah berikan nilai berita yang lebih baik dari itu. Adakah dengan kibar bendera sudah merdeka segala-galanya?
Ok, azan subuh sudah kedengaran disini.
Aku dirumah, cuti sudah bermula.
Adik, aku. Amirul. Budak malas, dan tidak masih sedar-sedar bahawa ilmu itu penting bukan saja setakat hendak dapat gaji ribu-ribu. Tapi untuk elak dari kena tipu dengan PERKASA.
Adikku, baru 15 tahun, tahun ini PMR. Umno Taman Impian Ehsan mungkin... pernah ajak dia pergi majlis PERKASA. Dia apa lagi pergilah, tanpa pengetahuan mak dan abah. Yang aku tahu, dorang bagi adik aku, nasi sebungkus dan bawa sehelai baju PERKASA! macam bangsatkan. Guna, kanak-kanak bawah umur 18 tahun pergi majlis PERKASA yang dihadiri oleh Ibrahim Ali dan Mahathir.
Aku yang sudah 21 tahun tidak pernah pergi mana-mana majlis partisan. Aku tidak berbarisan dan berpakatan sama sekali.
Sungguh haramkan.
Terasakah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.