Yes!!! Final Sem 1 dah nak dekat.
Saja,kecoh-kecoh. Mmm... aku hanya mampu gelak, sengih dan ketawa sinis pasal iklan raya tv3 yang dikecoh-kecohkan kerana itu ada illuminati dan freemason. Kesian gila aku tengok ramai melayu-islam marah-marah. Semua benda nak di teori konspirasikan.
Dari dorang duduk kaji iklan yang hanya beberapa saat jer tu... baik kaji kenapa taman impian ehsan aku ini tak pernah nak bersih dari sampah sarap. Ada baiknya, sekurang-kurangnya udara kat sini bersih, tiada lalat pembawa penyakit. (itu fakta ye, lalat adalah pembawa penyakit).
Dari dorang sibuk kaji iklan yang setahun sekali tu, baik korang pergi lah bukak buku pasal perlembangan negara ker, pasal tanggungjawab ADUN korang ker, sekurang-kurangnya, korang tahu hak korang. Tugas ADUN dan Ahli Parlimen bukan perasmi majlis ye... dorang adalah pembuat undang-undang.
Dari korang kaji benda alah tu, baik kaji kenapa korang buang tisu sehelai tanpa rasa sedikit berdosa pada alam sekitar.
Alam sekitar walaupun bukan benda hidup, tapi dialah yang banyak berjasa kat korang.
Dari kaji sampai tahap dewa, baik kaji, kenapa banyak sangat orang miskin kat malaya ini. Sedangkan duit zakat bertambah setiap tahun? lalalalala
Banyak lagi kot benda yang korang boleh kaji, adakah dengan membina rumah flat dapat membasmi kemiskinan seperti yang dilakukan oleh mana-mana negeri yang pergi merobohkan setinggan yang sah. Macam setinggan balakong KTM.
Adakah rumah flat tiga bilik yang berkeluasan tak seberapa boleh melahirkan generasi yang sejahtera...wakaka (ayat macam Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga)
*blog aku ada orang baca ker*
*aku tak jemput korang baca, jangan nak ngada-ngada komen tak tentu pasal*
*carut marut sila carut marut di cermin sendiri ok*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.