.
Selagi ada masa
buatlah apa saja
asalkan yang baik
asalkan tidak melanggar hukum alam
asalkan tidak sakitkan ibu ayah
Selagi ada waktu
buatlah apa saja
asalkan yang baik belaka
asalkan yang Esa suka
asalkan kelak tidak seksa
Selagi ada detik
buatlah apa saja
asalkan yang baik
asalkan nabi lakukan
asalkan semua makhluk gembira
Buatlah yang baik-baik saja
Selagi ada masa,
Selagi ada waktu
Selagi ada detik
Selagi ada larian darah dalam tubuhmu!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.