Pilihan Raya Kampus

Kali ini adalah yang terakhir aku mengundi di universiti ini. UKM.
PRK sesi 2011/2012, hanya 50.06% saja yang keluar membuang undi. Pelajar ukm buat apa sampai tidak pergi mengundi? pulun belajar untuk dapat anugerah dekan setiap semester ker? Kena bekerja membanting tulang untuk tampung yuran universiti ker? duit JPA atau duit pinjaman negeri dan PTPTN tidak cukup kah?

entahlah.

Secara jujur, aku mengundi calon GM. Dari tahun satu sampai tahun 4, undi calon fakulti aku adalah untuk calon GM. Untuk calon umum juga adalah calon GM cuma masa aku tahun tiga, aku tidak mengundi langsung calon umum baik GM mahupun Aspirasi.

GM adalah pembangkang di universiti?

Kenapa undi aku pada mereka? adakah kerana idealogi yang dibawa? entah, sampai sekarang aku tidak tahu langsung idealogi yang dibawa oleh GM dan Aspirasi.

Aku pilih berdasarkan rupa sebenarnya. haha =B

Cuba lihat bawa ini
Ini dia rupa-rupa calon yang bertanding untuk kerusi umum. kalau akulah, apa yang aku akan pilih adalah mereka yang nampak cergas dan tidak obes. Yelah hendak jadi pemimpin kena buat banyak kerja. makan pun kena kurang, sebab nak berfikir perlu oksigen untuk otak bukan oksigen untuk perut sahaja.

Rupa memang memainkan peranan yang penting.

Tapi pilihan raya Tenang tempoh hari adalah lain. Cuba klik sini dan sini =B




* aku sudah mabuk pada puisi hafiz dan rumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.