Mari ubah gaya hidup

Disebabkan harga makanan sudah naik. Yelah belajar di ukm KL, berlagak sungguh. Harga makanan naik dalam 5o sen hingga RM 1.oo. Kalau dulu, tahun-tahun lepas, harga untuk sepinggan nasi bersama-sama sekutul ayam goreng, sayur apa-apa jer, tambah sambal kicap atau sambal belacan adalah RM4.00. Itu sudah cukup murah lagi-lagi ditengah kota lumpor.

Sekarang, lauk ayam goreng, nasi dan sambal sudah jadi RM 4.00, sayur mayur aku tak ambil. kalau nak makan sayur jadi RM 5.00.

Demi mengikut seruah kerajaan supaya ubah gaya hidup. Aku mulakan program diet. Yelah, berat badan pun hampir mengalami obesiti baik cegah. Takut-takut nanti jadi kurang kacak masa majlis konvo aku nanti. Dan bila mahu cari kerja nanti kena nampak fit dan kacak. Kalau obes siapa mahu ambil aku bekerja nanti.

Jadi, mulai awal bulan yang lalu. Aku ambil lauk sayur saja dan nasi tambah sambal. Harga makanan pun kira boleh aku bayar. Sebagai contoh, lauk sayur pucuk yang ada kentang goreng dan ikan bilis tambah kerabu mangga,nasi dan sambal kicap baru RM 3.00.

Murah bukan?

Adakah makanan itu menyelerakan? Bagi aku, itu sudah cukup dan memadai dan boleh kenyang sampai malam.

Tadi makan tengah hari. Malam [pula, aku sudah tidak makan nasi atau makanan berat seperti mee goreng ketiauw goreng, nasi goreng cendawan kedai Hassan Kg Baru, Nasi Minang, Nasi Padang. Nasi lemak 70 sen chow kit.

Air. Minum air masak lah. Akan minum air yang tidak masak. Air kosong. Kalau rasa hendak minum air bergula aku akan pilih air teh o limau suam. Betul ker, air teh boleh kempiskan perut yang membusung?

Aku perlu kurangkan mengisi nilai isian telefon bimbit aku. Dan kurangkan hantar messagge yang tidak perlu dan buang-buang masa.

*entri bersambung*

oh ya!

Pilihan raya kampus sudah bermula. Aku tidak tahu calon yang bertanding pun dan aku tidak tahu siapa. Tapi, aku rasa budak-budak disini yang cuba ikuti pilihan raya kampus kurang cerdik dalam bersiasah. Terbawa-bawa amalan sekolah rendah mereka. Tiada nilai seperti orang yang terpelajar. Dan lagi pelik, mereka yang sibuk-sibukkan diri dengan pilihan raya kampus tidak tahu pun langsung nanti-nanti lah aku sambung*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.