Semalam, adik aku yang hendak PMR tahun ini.
Cikgu dia, mungkin guru kelas dia.
Minta sumbangan daripada pelajar.
Jumlah sumbangan juga sudah ditetapkan.
Setiap pelajar RM 15.00.
Tujuan
Bina TEMBOK PENJARA sekeliling sekolah menengah cheras jaya.
Jika gagal, memberi sumbangan.
Keputusan peperiksaan PMR akan digantung pihak sekolah.
Tujuan sekolah apa ya?
Mananya... nilai moral, nilai islam dalam pelajaran akhlak?
aku masih ingat lagi setiap pelajaran dalam pendidikan islam.
sekolah ini tidak mampu melaksanakan pada yang diajari oleh mereka sendiri.
Lagipun, dulu aku pun dan rakan sekelas juga pernah diugut sebegitu juga.
Bagi yang jenis takut mungkin bagi sajalah.
Bagi yang jenis tak kesah buat bodoh saja.
Sistem pendidikan kita hanya ada nilai-nilai, angka-angka, gred-gred saja.
Hati nurani tiada.
Kemanusian tiada.
Bina tembok sekeliling sekolah konon halang pelajar dari keluar dari sekolah.
Tembok dibina menunjukkan sekolah adalah sebuah PENJARA.
Sekolah sudah menjadi tempat yang MAHA BOSAN.
Nampak sangat negara ini sudah tiada dana.
Ekonomi negara memang teruk.
Siapa kata ekonomi bumi konon emas ini semakin meningkat?
Prof ekonomi universiti semalay kata begitu kah?
Prof ekonomi yang tak pernah tulis buku sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.