Baiklah, malam ini aku akan pulang ke kampus semula.
Baiklah, tesis aku sudah tersadai hampir dua bulan.
Baiklah, tesis aku tiada progress langsung.
Sejak aku dapat pesanan ringkas itu.
Haruskah aku tanggung beban itu.
Baiklah, sungguh damai duduk dirumah sambil meneruskan impian dan cita-cita aku.
Hari-hari aku membaca pelbagai perkara baru.
Hari-hari aku mencuba menulis sesuatu yang berfaedah.
Hari-hari aku berfikir sampai hendak tidur pun aku boleh berfikir pelbagai masalah dan perkara sehingga jam-jam lamanya.
Cuma dapat tidur tanpa aku sedar bila aku tidur.
Baiklah, malam ini aku akan pulang ke kampus semula.
Baiklah, aku akan mula balik kemas kini tesis aku.
Baiklah, aku akan selesaikan tesis aku ini.
Sebenarnya buat tesis ini tidaklah sesukar mana sebenarnya.
Buat tesis sama seperti tugasan-tugasan kuliah biasa.
Bagi aku tesis ini tidak sukar.
Aku tak pernah pandang apa yang aku lalui ini adalah sesuatu yang sukar.
Hidup tak sesukar mana sebenarnya.
Akhirnya aku akan mati itu saja.
Baiklah, malam ini aku akan balik ke kampus semula.
Akan duduk seorang diri dalam sebuah bilik yang tiada cahaya mentari menerobos masuk waktu pagi.
Esok pagi, aku akan menghirup udara bandar kL.
Esok pagi, tiada lagi bunyi burung murai tanah berbising di awal pagi.
Esok pagi, tiada lagi embuh jatuh dari pokok kertas dihalaman.
Malam ini mak dan abah akan hantar aku kembali ke kampus setelah aku lari yang masalah yang mengurung aku.
Malam ini mak dan abah akan hantar aku kembali ke kampus supaya aku tamatkan pengajian seperti yang telah ditetapkan masa mula-mula aku mendaftar masuk ke UKM dulu.
Malam ini mak dan abah akan hantar aku kembali ke kampus menjalani rutin harian aku di kampus.
Rupanya aku boleh hidup dengan berjayanya tanpa sehelai kertas dari UKM.
Berjaya mengikut tafsiran aku sendiri perlukah aku mengikut takrifan orang lain?
Aku tiada hati hendak ikut orang lain.
Tiada nikmat kehidupan langsung.
Malam ini, selepas aku bercuti hampir dua bulan lamanya.
Mencari damai sementara.
Tunggu teduh dahulu sebentar saja.
Aku masih ingat lagi peta yang aku lakarkan mengenai kehidupan perjalanan aku sendiri masa aku tahun 1 di UKM dulu.
Kertas oren itu masih elok lagi.
Kertas oren itu pemberi semangat balik pada aku (adakah aku sudah jatuh syirik?) oh tidak.
Kertas oren itu aku lakarkan time-line sebenarnya.
Apa yang akan berlaku dan perkara yang aku hajati sampai aku berusia 30 tahun nanti.
Baiklah, malam ini aku akan balik ke kampus...
lagi sejam aku akan bertolak ke kampus ..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.