Mana yang tercicir?


Permata pilih pelajar pintar sertai program

Sekolah diminta bantu kesan murid cerdas


KUALA LUMPUR: Jabatan Pelajaran diminta bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan murid sekolah berusia sembilan tahun hingga 15 tahun menjalani Ujian Permata Pintar, yang bertujuan mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas bagi mengikuti Program Permata Pintar Negara. Penaung Program Permata Pintar Negara, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata sejak program itu dilancarkan pada 2 Mac lalu, hanya 20,000 pelajar daripada 140,000 pelajar yang dikategorikan sebagai pintar dan cerdas di seluruh negara menjalani ujian berkenaan. “Mengikut pakar bidang ini, dianggarkan lima peratus daripada kanak-kanak di bawah umur 14 tahun adalah kanak-kanak pintar cerdas. Ini bermakna berdasarkan jumlah penduduk Malaysia dalam lingkungan usia empat tahun hingga 10 tahun, mereka yang masuk dalam kategori itu dianggarkan berjumlah 140,000. “Tetapi, sebahagian besar yang menjalani ujian ini pula terdiri daripada pelajar berusia 13 tahun hingga 15 tahun. Kita mahu ujian ini dilakukan semua pelajar dan tidak terhad kepada satu kaum saja.
“Justeru, kita mohon kerjasama daripada Pengarah Pelajaran Negeri serta guru di seluruh negara untuk memastikan murid terbabit mengambil Ujian Permata Pintar UKM 1 secara online sama ada di sekolah mahu pun di rumah,” katanya pada selepas melancarkan pelaksanaan Program Permata Pintar Negara, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Md Dom dan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, setakat ini hanya 1,900 pelajar yang berjaya menamatkan ujian saringan, Ujian Permata Pintar UKM 1 dalam tempoh satu jam dengan markah tertinggi adalah 68 daripada markah penuh 140. Beliau berkata, Ujian Permata Pintar UKM 1 membolehkan pihaknya mengenal pasti murid yang layak untuk mengikuti peringkat ujian saringan seterusnya iaitu Ujian Permata Pintar UKM 2 dan UKM 3. Katanya, semua tiga ujian saringan yang dilaksanakan itu setara dengan ujian IQ yang diguna pakai di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. “300 pelajar yang mencapai markah yang ditetapkan akan dipelawa menyertai program Perkhemahan Cuti Sekolah kendalian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Disember depan.
“Ia bakal menjadi perkhemahan kanak-kanak pintar cerdas pertama di negara ini, yang menggunakan kurikulum pendidikan yang disediakan UKM serta Centre for Talented Youth (CTY), Universiti John Hopkins (UJH), Amerika Syarikat,” katanya.



sumber dari berita harian 14 April 2009

Mana program bagi mereka yang tercicir? Bagi aku ini adalah salah satu bentuk diskriminasi pendidikan bagi mereka yang belum menguasai kemahiran 3M, membaca,mengira dan menulis. Sedangkan mereka inlah yang perlu digilap potensi diri yang tersembunyi dalam diri mereka. Memang tak salah program ini, memang satu program yang baik tapi kenapa harus asing yang kurang cerdas dengan yang cerdas. Oh ya,yang cerdas itu hebat sangatkan? Sepanjang aku di zaman persekolahan pelajar kelas belakang kurang diberi perhatian oleh sistem pendidikan kita dan dibiarkan terus tercicir dari menguasai kemahiran yang sepatutnya. Sewaktu aku darjah enam di sekolah rendah Tanming Jaya Balakong, ada seorang rakan kelas yang memang tidak boleh membaca langsung. Dia masuk kelas pemulihan tapi tiada apa yang berubah. Yang aku lihat adalah cara pengajaran yang kurang seronok dan pelajar itu selalu kene marah kene herdik. Macam mana hendak ada motivasi dalam diri sedangkan yang mengajar itu asyik menjatuhkan!
Lagi satu,sewaktu aku di tingkatan lima di SMK Cheras Jaya,pelajar kelas belakang masih ada yang belum tahu membaca. Oh ya,mereka itu anak melayu, anak cina pun ada juga. Tapi sekolah buat apa? fokus pada mereka yang cemerlang sajakan...
Ini coretan aku yang tak seberapa tapi sebagai pelajar yang bermula dari kelas akhir hingga aku tergolong dalam mereka yang cemerlang di sekolah membuatkan aku sedar mereka yang dari kelas sederhana atau lemah harus diberikan perhatian dan usah ada diskriminasikan. Aku pernah lalui perkara itu sewaktu aku di sekolah rendah. Dan aku bangkit bangun untuk belajar bersungguh-sungguh kerana awrah cikgu azizan (oh ya , beliau adalah cikgu sains dan matematik aku) yang banyak memberi dorongan pada aku dan percaya pada aku yang aku punya potensi untuk berjaya. Dan bila aku di sekolah menengah, cikgu zuraidah pula sebagai ganti,beliau gilap bakat aku dan potensi aku. Kamu bukan tak boleh buat tapi kamu belum nampak apa potensi kamu,cuba kamu teroka apa minat kamu. Dan aku berusaha ke arah itu dan memang membuahkan hasil. terima kasih cikgu. kerana cikgu, saya berjaya sebaris dengan mereka di kelas hadapan.

Seharusnya perlu ada program bagi mereka yang tercicir dan lemah dalam akademik ini. Bagaimana pula dengan anak orang asli ya? Mereka lagilah tercicir.

1 ulasan:

  1. yup aku setuju...mase aku di MBSSKL dulu.penah setahun aku turun kelas ,ke kelas bawah...mase tu nak pmr...awal tahun tu..ok lagi...di ajar oleh guru2 yang mantap...masuk je bulan 3...cikgu2 tu ditukar dengan cikgu2 yang baru pindah ke sekolah tersebut....bayangkan perasaan masa tu...cikgu BI yang baru memang ade sakit jiwa rasenye....cikgu math plak cikgu sgt2 baru..yakin tak yakin je....at the end i try to approv that budak kelas belakang pon boleh maju...yg sediy nye..aku sorg je yg perform, kawan lain give up awal...


    essay PMR nye english time tu...adalah berkaitan perompak dan route2 yang dilalui oleh mereka dalam scene kejar mengejar dengan polis...semua term2 jalan such as..t-junction, zebra crossing and so on..semua tu diajar oleh cikgu Bi awal2 tahun tu..cikgu Bi yang baru tu ..tahu mengamuk je..adei~

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.