Langkah satu

Sesi perbentangan cadangan penyedilikan tahun akhir dengan penyelia aku telah selesai, dan aku perlu bekerja dengan lebih keras lagi. Lagi dua minggu, perbentangan sebenar akan berlangsung.

Kerja keras.

Sebenarnya tak keras mana pun usaha aku itu.Tapi hasilnya setimpal dengan usaha yang sedikit aku curahkan. Kalau aku kerja keras yang sebenar-benarnya, aku tak akan kena tegur dengan penyelia sebegitu rupa. Selamat penyelia aku tegur dulu sebelum sesi perbentangan sebenar,kalau tidak kena tegur masa sesi sebenar memang malu agaknya.

Aku mencari filem sang pemimpi, sebuah filem dari negara seberang. Sambungan filem laskar pelangi,hendak mengharapkan filem ini ditayangkan di bumi tak berapa emas ini jangan haraplah.

Novel sang pemimpi aku belum miliki lagi, mencari merata tak jumpa. Yang aku ada, Laskar pelangi, novel ke-3 edensor, dan ke-4 maryamah karpov. Itu pun dapat masa pesta buku di mines tempoh hari. Novel ke-2 masih tiada lagi, jadi tak seronok nak baca novel ke-3 dan ke-4. Walaupun ada versi e-book, aku tak suka. Tidak boleh bawa ke katil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.