.
Aku katakan tak nak dan tidak.
Mereka selalu minta aku berikan alasan.
Aku cuma boleh katakan tak nak dan tidak saja.
Kenapa harus mendesak.
Perlukah setiap perkara yang aku tidak mahu harus ada alasannya sendiri.
Dan kadang kala untuk memuaskan hati mereka-mereka semua.
Aku harus berbohong
Dan ini bukan jalan aku sukai
Dan aku tidak sukakan untuk berbuat begitu.
Jangan paksa aku
Untuk mengikut kemahuan kamu semua.
Ini hidup aku.
Aku tidak mahu
menyusahkan kamu
Bila ikut kemahuan kalian
Dan perkara yang paling penting
Aku tidak mahu budi kalian
Budi memang sesuatu yang payah untuk dibayar balik.
Aku katakan tak nak dan tidak pun sudah memadai.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.