Hari ini dan hari lepas

Hari ini minggu pertama bulan Mac 2010
Aku masih lagi dalam lingkungan peraturan-peraturan bodoh universiti
Hari panas terik kena pakai baju berkolar,berkasut tutup,berstokin,selamat tak kena pakai tali leher.
Kelakar sungguh,dari aku kecil hingga sekolah rendah dan menengah selalu dengar cikgu-cikgu aku membebel pasal negara malaysia ini akan membangun ikut acuan sendiri.
Aku tak tahu acuan bagaimana yang mereka hendak gunakan,bukan guna acuan buat kuih cara ke? itu lagi sedapkan lebih-lebih lagi kuih cara berlauk...



Hari ini penglipurlara diam sebab tengok aku dan pelajar-pelajar lain bentang hasil kerja yang diberi.
Sumpah! aku tengok hidup ini kena tidak realistik dan kena hipokrit baru bagus dan enak dipandang.
Hari ini penglipurlara, beri komen pun tak macam penglipurlara. Keraguan aku pada dia memang ada...sepatutnya kalau mereka ini yang konon berilmu banyak sehingga langit ke tujuh akan memberi maklum balas yang rasional dan kritis.
Aku tidak tahu apa yang dah jadi dengan pemikiran kreatif dan kritis yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran, sekejap jadi kementerian pendidikan pastu tukar nama. Ingat tukar nama-nama itu ini banyaklah sangat pembaharuan yang dilakukan.
Sedangkan sekolah lama aku cheras jaya yang ada makmal komputer pun tidak pernah pun ada silibus pasal natang ini langsung... projek membazir. Sedangkan dalam sekolah aku dulu diajar jangan membazir itu ini.
Teringat lagi,pengetua aku membebel pasal selangor maju 2005. Gila betul ke apa pengetua ini? Tak nampak ker...keadaan makmal sebelah tu. Orang tua memang macam tu..hendak buat macam-macam,dan ingat dorang tu semua hebat dan konon-konon untuk kebaikan orang-orang muda.


Hari ini, kampung baru tengah hujan. Bagus hujan lebat-lebat. Biar banjir,siapa suruh tebang pokok banyak-banyak.
Konon nak buat rumah banyak sedangkan ramai sangat penduduk satu malaysia ini duduk rumah yang hanya ada sebuah bilik saja. Dah lah rumah kecik sempit,tiada taman permainan untuk kanak-kanak... kalau anak-anak remaja pulak lagilah dorang takde langsung kawasan permaian dorang.ingat dorang yang remaja ini nak main ker jongkang jongkit. Kalau nak main fustal kena sewa dewan,bodoh ker apa padang pun nak kena sewa ke...engkou ingat muda remaja ini banyak sangat duit,kalau tin tong pun berapa jer....

Hari ini dan hari-hari lepas aku belajar pasal EIA kepala bana,konon buat kajian dan penelitian untuk keadilan sosial bla,bla keadilan makhluk-makhluk lain dan itu ini. Sakai...
Itu semua untuk buat untung-untung orang yang memang dah kaya raya... dan golongan pemerintah saja. Jangan ingat orang-orang susah dan lemah ini akan dapat manfaat dari semua projek yang dilaksanakan itu semua tipu... dan ini adalah kerja menipu saja.Selagi sesuatu projek yang hendak dibangunkan bersetankan keuntungan semata-mata dan konon nak tunjuk prihatin tak payahlah.

Terima kasih peristiwa BSC FSKB UKM KKL... aku saja yang faham
Terima kasih atas penghinaan yang diberi.
Terima kasih Tuhan kerana mencipta sesuatu yang buruk rupa dan lagi hina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.