Mimpi jadi kenyataan





Oh Gramedia Mines Balakong!
Sudah berhari-hari berhartal tak tentu pasal. Pertama kali jejak kaki ke Gramedia Mines. Borong apa yang patut,tanpa kira-kira duit dalam kocek. Bukan duit aku pun,abah yang beri (duit bonos abah). Tangan gatal rembat 3 buah majalah Dewan Bahana, dan Petaka dan 3 buah novel pengarang indonesia.Kenapa aku kata DBP sebegitu sekali? kerana susah sangat hendak dapatkan buku-buku terbitan mereka. Sasterawan negara yang baru dinobatkan tahun ini pun tak pernah aku baca tulisan dia. Buku dia pun tak nampak bayang di kedai-kedai buku. Tak payah cakap di kedai buku jepun,MPH mid,popular jusco cheras selatan aka balakong,popular shouth city plaza sekali pun. Main display pun tiada. Kini aku sudah ada tempat lepak baru. Selamat tinggal popular!
Harap-harap Gramedia Mines tidak bungkus.
Kenapa Gramedia di Mines?
~adakah kerana populasi orang indonesia di balakong yang ramai kah? Memang populasi mereka ramai di taman impian ehsan dan Balakong ini. Siap ada rumah pangsa yang khusus untuk mereka lagi,ada dalam 5-6 blok,(kalau tak silap).
~sedangkan orang cina adalah golongan majoriti tapi sekolah menengah cina tiada disini. Sekolah kebangsaan banyaklah dan sebuah sekolah jenis kebangsaan cina.
~ahli parlimen kami pun orang cina (ahli parlimen serdang)
~adun pun orang cina
~kedua-duanya dari parti DAP
~dulu kawasan ini konon-konon kubu kuat parti dacing.
~tidak takut kah mereka bersaing dengan kedai-kedai buku sedia ada disini. Semuanya dekat-dekat jer.
~apa-apa pun aku tak kesah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.