Kampus

Baiklah,pemulaan kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa di sini untuk kali ketiga (baca tahun tiga). Rasa diri tua,kegilaan minda mengatakan tua maka diri ini harus matang? oh tidak!. Sudah hampir tiga minggu sesi kuliah. Ya,tiada perubahan drastik yang dilakukan semuanya amat rutin seperti dulu dan teramat klise sekali.

Cuma yang tak patut diubah atau konon ingin rasa mereka hebat sangat. Cakap entah apa-apa. Penuh dengan kepalsuan sekali. Kamu tahu? Ada lah juga antara mereka ini konon sudah menjadi mahasiswa/i senior tapi kematangan dalam bertutur perkara harian pun aku naik rimas jadinya. Ialah sibuk sangat dengan ideologi politik yang mentah,terima bulat-bulat segala maklumat tanpa perlu saringan maklumat.

Itu satu,adalah juga yang konon memperjuangkan isu-isu agama tapi....aku tidak mahu mengulas lanjut lagi. Nanti ada pula kata-kata nista pula mereka tabur pada aku nanti. Bukan takut,boleh saja berdepan dengan mereka ini. Cakap penuh api-api (baca metafora) hasil?

Kita lari seketika dari kehidupan kampus yang melemaskan tapi menyeronokkan itu sebentar dengan tutup siaran----------------------------------------------------------


jumpa lagi.



bila aku mahu jumpa kamu?
rindu sungguh ini
bila?


nota
siapa yang baca nota akhir jangan buat-buat perasan pula.
baiklah

siaran tertunda lagi------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.