Hujan

Terima kasih... turun juga hujan akhirnya di Kg Baru. Masalah jerebu yang sudah berhari-hari melanda kota sesak dan tak terancang Kuala Lumpur mungkin dapat dikurangkan. Bagus-bagus,aktiviti harian taklah terganggu sangat.

Dalam berita perdana tiada pula Pak menteri yang bertanggungjawab heboh pasal jerebu. Teringat pula satu kementerian baru. Teknologi hijau... hijaulah sangat Malaysia ini. Siapa yang duduk di Kg Baru ini dapat merasa perancangan bandar dan pembangunan yang tiada amanah dan adil pada alam sekitar. Tak tahulah pula Pak menteri yang berkuasa itu cerdik tentang cara menjaga alam sekitar walaupun pembangunan terpaksa dilakukan. Lestari kah Malaysia ini?


terima kasih tuhan

membasahi bumi

dengan air hujan

nyaman sungguh

bukan perlu berterima kasih

pada

pemerintah yang tak buat kerja sepatutnya

hujan lebat-lebat

sampai PWCT banjir....


horay!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.