pandangan aku


turun nak pergi makan malam,walaupun belum malam lagi. yelah nak study kene makan malam awal-awal. Nanti senang dihadam makanan nanti. Berlalu kaki aku pergi ke sana. Kedia Hikmah namanya...hahaha skema lak aku hari ini.huhu

pagi tadi paper kesihatan masyarakat. Alhamdulillah beres aku goreng tambah segala macam perisa dalam 5 esei pendek dan 3 esei panjang dalam masa dua jam bai!!! memang tak cukup masa yang diberi...hahaha. Sampai tanganku yang kasar ini lenguh sungguh!!! hahaha...bukan lama tak menulis guna tangan tapi nak laju punya pasal takut tak sempat jawab. Mula soklan 1 hingga 4 tulis molek jer tapi bila tgk jam lagi 1 sejam suku nak habis terus aku jawab soalan esei. takut tak sempat lak...hahaha. Jadi soklan no 5 aku nak jawab last-last....hahaha. Jawab soalan esei panjang aku dah mula merapu meraban segala pe yang ada dalam pale otak aku ini aku curahkan dengan dakwat ball pen biru jenama Faber Castell 0.5mm. mmmm......tulis masih lagi ok. tapi bila nak jawab soalan no 3....aku ada pilihan nak jawab mane. yelah soalan esai panjang tu ada 5. yang kene dijawab 3 sudah.... pilih mana aku leh skor. aku pun ambik ler soalan no 4 pasal viral hepatitis. Cerita dari a sampai z kah??? tak tau lak aku....aku curah jer. tgk jam kat atas meja aku tinggal lagi 15 minit lagi. 

hati kata sempat kah nak jawab soalan no 5 tadi???? hahaha!!!! Dr M dah mula pegang mic..ok kepada pelajar NE2052 masa tinggal 10 minit. tidak kene tukar gear ini...berlari laju sungguh tangan aku ambik kertas terus tulis no 5 nak jawab soklan tu...hahaha cuak glier bai....tulis mmg huduh glier wat tu..lak r pandai-pandai r Dr Noraini dan Dr M tanda....hahaha 

sape suruh bagi masa sikit sangat. Nak pandang kiri kanan pun tak sempat. Lagi r nak berangan pun tak leh...masa memang tak cukup bai. tambah r 10 atau 15 minit pasti tulis aku leh dibaca walaupun tak chantek. :P

tu cerita pagi tadi... aku dah melalut 

nak cite pasal makan tadi kan....hahaha

mmmm....lantak r.

ini pasal dh mula cuti sekolah. Maka adalah anak-anak mintak sedekah aka mengemis. aku buka apa. Rasa terpikir sekejap. Manalah mak ayah dorang ini??? anak yang dalam umur 12 tahun pergi dari meja ke satu meja mintak duit. aku memang tak layan. walaupun datang dua kali. tunjuk surat itu ini. tulisan tangan yang diphotokopi. Entahlah betulkah dorang ini susah hingga perlu mengemis begini. Badan lebih besar dari aku waktu aku seusia 12 tahun,mmmm.....pelik dua-dua badan macam orang cukup makan. aku dulu punyer lah kurus lagi tinggi. 

kenapa nak meminta. Bukankah pintu rezeki tuhan terbuka luas. Cuma perlu usaha saja. Dan memang akan rasa sakit akibat kita jatuh dan memang kene menangis depan tuhan agar diberikan rezeki dan upaya nak mencari sesuap nasi. Sejarah hidup aku membuat aku terfikir mengapa harus kita mengemis sedangkan tulang empat kerat sudah cukup kuat, lagilah berbadan macam kamu yang lebih besar lagi. mmmm.....aku mohon maaf jika ada salah kata dalam mengutarakan perkara ini.

dalam hati macam-macam nak tanya. Kamu tak dapat bantuankah??? zakat??? mana pergi???mmmm......aku bukan apa.memang aku tak beri pun sedekah terbabit tapi mana mak ayah mereka???? biarkan anak tanggung keluarga cari rezeki??? mungkin aku silap kot. Mak ayah mereka tiada atau hanya ibu saja ada atau ayah saja ada.mmm....mungkin. Bukan tujuan nak banyak bunyi walaupun tak tolong dorang.

masa kanak-kanak tergadai begitu saja. Memanglah bertujuan baik bantu keluarga tapi bukan caranya. Banyak caranyer lagi....

saja tengok orang punya peel tapi aku punyer????



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.