Tahun Baharu 2012

Okay, aku lambat kemaskini blog.


Selamat Tahun Baharu 2012. Moga tuhan kurniakan kehidupan yang diberkati buat semua manusia seluruh dunia.


Ya, hidup adalah satu perjuangan yang payah. (ayat klise)


yeah!!!

deeeey!

mari sini!

bila mahu belanja saya.

hahahaha =D

53 tahun

Selamat ulang tahun kelahiran buat abah.
53 tahun.
moga cepat sembuh.
moga allah kuatkan iman kita semua.
amin

Bukan salah mereka

Dunia kapitalis. Bukan salah kapitalis. Tapi manusia. tidak mahu berubah.
ish. disini banyak sangat kata orang itu kata orang ini. aku? mendengar mendengar mendengar. tidak bercakap atau memberi ulasan. sebab aku datang untuk mencari rezeki. bukan mengumpat mengata mengeji. entah. dunia. dunia. dunia. memang benar kalau tiada ilmu makin dekat dengan kejahilan. takut sebenarnya hendak bersama dengan mereka didunia sana. tidak sedia. tapi kerana ini adalah sumber pendapatan aku. tidak mengapa hanya seketika saja. aku cabut dari situ.



yeahaaaaaaaa!

Enjoy your work!

9 mei 2011 - 9 Jun 2011, sudah sebulan bekerja. Seronok memang ada, stress pun ada. Rasa suka ada, benci pun ada. macam-macam rasa ada. kadang semangat tinggi mengunung, kadang semangat hilang. Jangka waktu yang singkat ini, banyak perkara yang dipelajari. Pelbagai ragam manusia. Mencabar kesabaran kadang kala.



Jangan jadi budak buku text!
Dalam hidup kita cari apa. duit saja kah?
Kerja bergaji beribu riban.
makan jiwa.
akan yang buruk dan lagha-lagha saja.
yang murni tiada.
kata ustaz hidup hari ini
adalah jambatan.
hari muka
yang abadi.
bila hari ini semua akan habis.

Say it

seratus ringgit untuk makan-makan mewah dihotel bagi tujuan amal.sebenarnya untuk biayai pembangunan yang harus dilakukan oleh pihak berwajib. tidak perlu kumpulkan dana sebenarnya. Ini yang ralatnya, lebih baik bagi duit itu pada si miskin dan anak-anak kelaparan, yang kita tahu hari esok mereka makanan ada atau tidak. sedangkan kita insyaallah masih ada makanan yang enak untuk dimakan berbanding mereka semua itu.

Itu yang berlaku, kita sanggup bayar seratus ringgit untuk makan mewah, makan konon-konon seperti VVIP. tapi...


kalau dicerita rasa... lebih baik jauhkan perasaan yang bukan-bukan.

*kata orang tua-tua dulu, kalau rama-rama atau kupu-kupu masuk rumah ada orang jauh hendak datang rumah, tapi kalau kelawar masuk rumah apa pula?*

Air Mata Awan



hujan lebat lebat lebat.
air masuk longkang.
biar longkang sumbat.
air hujan naik atas jalan.
hujan lebat lebat
biar sampai banjir.
biar sampai banjir
hujan lebat lebat.
air penuh dalam longkang
bila air penuh.
banjir banjir.
biar kl banjir.
padan muka.
aku suka.
banjir
hujan lebat lebat
air penuh lagi lah

500 juta lagi

sekarang ini kalau jumpa siapa-siapa semua akan bercakap tentang. hye, engkau sudah kerja kah? ada kereta. bergaji berapa ribu-ribu. tapi tiada seorang pun yang akan bertanya engkau sudah bersedia untuk mati. sudah cukup bekalan dan segala simpanan untuk hari dunia abadi sana nanti. Hendak dapat seorang untuk beringat begini punya susah. jadi layan saja soalan-soalan duniawi ini. kerana prinsip hendak jaga hubungan dan hati. takut-takut bekalan pahala kurang nanti.


kedua. buatlah apa saja. yang penting. kita tidak mengemis. halal. berkat. itu yang penting. bukan hendak aku lulusan ini. dan harusnya begini-begini jadinya. sedangkan, ini hidup aku. jalan yang aku pilih. bukan orang lain. kenapa hendak tentukan kamu harus begini begini dan begitu.

ketiga, hidup. adalah kuliah yang sebenar. tidak bermuka-muka. pelajaran yang asli. yang penting berani meneroka yang aku mahu. kalau berani cuba. kalau tidak mahu jauhkan. kumpul kekuatan dahulu bila yakin baru beradu dengan ilmu, mental dan rohani yang ada. kata kunci disini adalah meneroka dengan kehendak sendiri, bukan paksa-paksa.

keempat, sederhana. itu yang penting.


kelima, habis

Selamat Hari Buruh

Zaman mahasiswa di taman konon ilmu tinggi sudah habis.
Zaman sembah kepala agong akan tiba.
Hari-hari akan dilalui
sembah sang kapitalis
Jam 8 pagi hingga 5 petang.
Akan tiba.
Kumpul duit bayar hutang-hutang.
Tambah hutang-hutang.
Rosak alam sekitar dengan kereta-kereta konon mewah.
Berguci dan berzahra.
Sampai mati
Sampai mati
Sampai mati
Sampai mati
Sampai mati
Sampai mati

Kaki ini hendak dibawa ke mana?

Pilihan.
yang mana satu.
aduh...
kaki ini hendak ke mana?
tujuannya?
serabut hendak memilih.
yang dipilih biar baik-baik saja.
hendak ke sana.
mungkin tidak seindah yang disangka.
pilih ini pun tidak tahu
hari muka.
hendak ke mana kaki ini?
bukankah kaki ini harus
ke dunia abadi sana.
tapi kaki ini ragu-ragu
di sini.
hendak ke mana kaki ini?
di sana jauh.

Kamu salah, aku betul

Benda yang sekecil itu pun tidak tahu.
Kamu salah.
Saya yang betul.
Aku... memang betul.
Ini bukti hanya.
Tapi malas nak cabar
orang yang bertingkat-tingkat.
tercabar segala tingkat-tingkat maklumat
yang kamu ada.
sedangkan yang tegur aku?
aku yang tidak bertingkat-tingkat sijil-sijil



*alhamdullillah. tawaran kilang bateri aku tolak. buat EIA aku tawar hati. tapi tawaran lain aku dapat. =)*

Today is ahad

Semalam is dinner program, but i not attend. Really sorry can not join together with my course mate. thanks for those who remember me. really appreciated (^___^)v. Since, today is study week and exam would be the next after study week. so many things need to do. First is thesis writting, read notes for last minute study (just two paper only!), then attend any interview call. Semalam juga is my second interview yang i already pergi setakat ini. Alhamdullillah, everything is good. Met new people there, learn something that not really new actually but is all about how i present myself to new people out there.

Done my first interview... now waiting for result.

Done with my second company interview. banzai =)

form EIA to SHE to HR to Management takdelah lari bidang pun.

Okay, now please support WWF since sarawak report already publish the salahlaku orang-orang besar toward hutan-hutan di sarawak. Really sad story yang i dengar from my new friend yang involved in volunteering work to give awareness to people with regard to the current issue is all about.

DONE!

*sebenarnya ada dua tiga draft yang is not ready to publish yet*


**this blog sudah jadi rojak, aiyooo =). maaf ye kalian semua =).

Burung

Baru beberapa purnama blog ini senyap sepi. Bentang hasil sudah lama habis dua minggu yang lalu. *lega* Yang tidak lega bukan hal pelajaran.tapi... (sambil-sambil gosok-gosok dagu). Biarkan. Sudah-sudahlah merajuk. Diam memang perit.


Dunia tidak menentu.
Aku lagilah. tapi tipu.
Kita adalah manusia sombong.
Manusia yang tidak peduli.
Lagi takutkan tiada uang daripada tiada tuhan.
Bukan suruh solat tiap saat.
Cuma lihat sekitar sekejap.
Fahami semua ini.
hendak percayakan yang satu pun payah.
Ini lagilah.
Kita bukan cerita bahagia selamanya.

Kalau itu yang baik. tapi

Rasa-rasanya, kalau perasan. Aku banyak menulis diblog ini sejak dua tiga hari ini. Adalah perkara yang tengah dirusingkan. Bukan FYP pun yang dirisaukan, FYP hampir siap semuanya. *amin*. Ada perkara lain yang ganggu. Sebenarnya sudah masuk dua bulan perkara ini berlaku. Entahlah, cabaran hidup. Tidak mahu kata itu adalah dugaan hidup. Cuba terima apa yang berlaku. Tapi apa yang berlaku? Tidak mahu coret disini tapi entahlah. Mungkin aku mungkar pada janji tuhan. Baru diberi secebis ujian sudah rasa nan tak tertanggung. Dan memang tidak tertanggung sama sekali pun!

Oh masa. berhentilah.
tidak larat hadapi masa mendatang. sungguh tidak tiada daya lagi hendak lalui lagi.
Tolonglah berhenti.
Kalau berhenti selamanya. Macam mana.

merepek sudah.

Tunggu

Tengah tunggu buku Faisal Tehrani. Buku baru dialah. Apa lagi yang mahu aku tunggukan lagi. Bulan lima nanti sudah bergaji. *amin*
Boleh beli buku-buku yang aku hendak belikan. Belum pasti dapat kerja sudah berimaginasi macam-macam. Buat pengembaraan solo sekitar Malaysia. Naik kereta api =).
Merantau secara solo dibumi tuhan yang luas ini.
Sudah-sudah. Siapkan final writting tesis dulu ye =)




ini yang ditunggukan



Hari Wanita

Hari Wanita. Kalau disekolah mahupun ceramah agama di tv sempena hari wanita, nama-nama seperti Siti Khadijah, Fatimah, Ibu Nabi Muhammad dan lain-lain akan diceritakan semula. Semuanya dari negara yang jauh. Jadi tiada langsung nama dari nusantara? ada memang ada cuma kurang tulisan mengenainya dan amatlah susah untuk dapatkan bahan bacaan. Yelah, program nilam sekolah dulu pun buat main-main saja. Sedangkan ura-ura komsas hendak dimansuhkan. Gila.

Merapu-merapu.

Indonesia punya ibu kartini.

baca disini

Demi masa

Demi masa
Demi masa. Janganlah buang masa.
Demi masa. Sila tutup blog. Jangan tulis yang merapu-rapu.
Demi masa. Isikan masa dengan entah =B
Demi masa. Ruang dan masa saling berpautan.
Demi masa. Serius aku dalam kerugian yang nyata.
Demi masa. Apa lagi aku hendak merepekkan disini lagi.
Demi masa.





Fukitol!

Tiga

Okay, okay, okay.
Analisislah cepat!